Wednesday, August 29, 2007

Pertama kali membuat blog

Apa khabar pembaca sekalian.Hehe.Hari ini saya ingin menceritakan tentang pengalaman saya menulis blog.Pada mulanya,perasaan kekok dan kurang selesa telah timbul dalam hati saya.Namun begitu,saya mencuba membuat blog dan mendapati bahawa ia sangat mudah.Saya mula berasa yakin dan seronok apabila saya bermula menulis blog saya.Kawan-kawan saya juga turut menolong saya dengan memberi idea-idea untuk ditulis.Tidak lupa juga dgn guru saya.Dia pun turut menolong saya.Sekarang saya sudah pandai menulis blog saya sendiri dan ini adalah kali kedua saya menulis blog.

Di blog yang kedua ini saya ingain mengambil kesempatan untuk mengucakan terima kasih kepada guru saya kerana telah mengenalkan saya kepada penulisan blog.Saya dapat rasakan bahawa dengan menulis blog,saya akan dapat memperbaiki bahasa ibunda saya.

Saya tahu blog ini membosankan.Harap maaf.Saya hanya ingin berkongsi perasaan saya dan juga untuk mengucapkan terima kasih.Kalau boleh saya ingin menulis blog pada setiap minit tetapi apakan daya masa tamat menggunakan komputer ini sudah pun tiba.Mungkin dengan serangkap pantun ini dapat menghiburkan anda semua...

makan nasi dengan kari
kari kepala ikan tenggiri
saya hendak mengundur diri
jumpa lagi di lain hari

SEKIAN DARI SAYA....('',)

TEntang diRi sayA

Selamat datang ke blog saya.Inilah kali pertama saya membuat blog.Jadi ini adalah pengalaman yang baru untuk saya.Jikalau guru tidak menyuruh saya membuat blog,saya tidak akan membuat blog ini.CIkgu saya kata dengan membuat blog,kita dapat membaiki bahasa ibunda.

Tentang diri saya pula,saya seorang jejaka yang periang.Saya gemar berjenaka,berketawa dan bergurau dengan kawan-kawan saya.Sebelum mereka kenal saya dengan rapat,mereka akan marah dengan gurauan saya kerana gurauan saya ini agak kasar.Lama kelamaan gurauan saya tidaklah dianggap kasar untuk mereka.Saya juga gemar bersuka.Sukan seperti bola sepak,sepak raga dan kadang-kadang berenang.Saya pernah mewakili sekolah saya iaitu sekolah menengah shuqun dalam pertandingan bola sepak dan sekolah kami mendapat tempat yang kedua.Syukur alhamdullillah.

Tulis punya tulis...sampai terlupa pula untuk memperkenalkan nama saya.Jangan marah.Nama saya Muhammad HAfiz Bin Selamat.Saya selalu selamat.Hahaha.Saya bersekolah di sekola menengah shuqun dan dalam tingkatan 4.Tetapi umur saya bukan 16 tahun.Saya berumur 18 tahun.TErkejutkan.Hahaha.Saya telah gagal dalam tinkatan 3 sebanyak 2 kali sebab itulah saya masih berada di sekola menengah.Walaupun saya telah gagal,Itu bukannya satu alasan untuk saya putus asa.Saya mempelajari dari kesilapan saya.Dengan cara ini saya boleh berjaya pada masa akan datang.

Terimalah serangkap pantun dari saya...
Isap rokok tembakau cina
keluar asap berbunga-bunga
maafkan saya tersilap bahasa
semoga berjumpa di lain masa


BYE BYE!!!!!!!!!!